Wednesday, July 23, 2008

Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap


PRINSIP BERPENGAKAP

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :

· Kepercayaan Kepada Tuhan

· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

. Perkhidmatan kepada Diri Sendiri




PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesunguhnya,

Saya berjanji dan bersetia, yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA

MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP



UNDANG-UNDANG PENGAKAP


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang
di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.


5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

No comments: