Wednesday, July 23, 2008

Pengakap - difinisi dan matlamat

Tujuan Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baikdengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya,menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai,dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan tubuhnya,fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.”Petikan daripada..AKTA PARLIMEN NO.38 TAHUN 1968 (act. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia)PINDAAN NO.143 TAHUN 1974, BAHAGIAN II : TUJUAN DAN DASAR.


Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap adalah pergerakan sukarela, bebas daripada politik yang bertujuan untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.


Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah
Akta Parlimen No.38 (1968) dengan pindaan No.143 (1974) dan No.409 (1989)
telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas,
dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan
seperti yang termaktub dalam Persetiaan Pengakap.
Petikan daripada..PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA 2008 :
DATO' SERI HAJI SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEH.


Matlamat berpengakap

Untuk melatih dan memperkembangkan potensi individu dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggung jawab terhadap masyarakat dan negaranya seterusnya kepada masyarakat antarabangsa.

No comments: