Thursday, July 24, 2008

Setem Pos Kenang-Kenangan



PELANCARAN SETEM 100 TAHUN
KEPENGAKAPAN MALAYSIA


Tarikh : 14 OGOS 2008
Tempat : Rumah BP, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Nota : Setem Dan Sampul hari Pertama.akan mula dijual pada majlis tersebut.
Dijangka YB Menteri Penerangan Malaysia akan
melancarkan majlis ini pada jam 10.00 pagi





Wednesday, July 23, 2008

Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap


PRINSIP BERPENGAKAP

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :

· Kepercayaan Kepada Tuhan

· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

. Perkhidmatan kepada Diri Sendiri




PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesunguhnya,

Saya berjanji dan bersetia, yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA

MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP



UNDANG-UNDANG PENGAKAP


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang
di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.


5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Pengakap - difinisi dan matlamat

Tujuan Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baikdengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya,menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai,dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan tubuhnya,fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.”Petikan daripada..AKTA PARLIMEN NO.38 TAHUN 1968 (act. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia)PINDAAN NO.143 TAHUN 1974, BAHAGIAN II : TUJUAN DAN DASAR.


Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap adalah pergerakan sukarela, bebas daripada politik yang bertujuan untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.


Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah
Akta Parlimen No.38 (1968) dengan pindaan No.143 (1974) dan No.409 (1989)
telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas,
dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan
seperti yang termaktub dalam Persetiaan Pengakap.
Petikan daripada..PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA 2008 :
DATO' SERI HAJI SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEH.


Matlamat berpengakap

Untuk melatih dan memperkembangkan potensi individu dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggung jawab terhadap masyarakat dan negaranya seterusnya kepada masyarakat antarabangsa.

Sejarah pergerakan


Tahukah anda bahawa bahawa :

Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia".
Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan di bawah AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 DAN 143 / 1974. Pengakap merupakan badan kerajaan dan bukan NGO.

Sejarah pergerakan pengakap di Malaysia bermula di Pulau Singapura pada tahun 1908 dan diresmikan penubuhannya pada 2 July , 1910


* 1913 - Sabah, by Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
* 1915 - Penang, by H.
R. Cheeseman of the Penang Free School
* 1915 - Sarawak, by Rev. Thomas Cecil Alexander in Kuching (active only from 1930 onwards)
* 1922 - Kedah, by E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker and C.W. Bloomfield
* 1926 - Perak, by L.R. Wheeler at Malay College Kuala Kangsar
* 1926 - Melaka, by R. Brunstone in Malacca
* 1926 - Negeri Sembilan, by R. Brunstone, Bird and Roger Smith
* 1926 - Selangor, by Ameen Akbar
* 1927 - Terengganu, by A.J. Gracle

* 1927 - Kelantan, by Y.M. Tengku Ahmad Temenggong

* 1928 - Johor, by H.R. Cheeseman in the English College ( Maktab Sultan Abu Bakar).

* 1931 - Perlis, by Bird and Roger Smith
* Pahang, by G.M. Laidlow in Pekan, restored in 1927 by H.P. Hertslet





Tuesday, July 22, 2008