Thursday, November 12, 2009

Majlis Penganugerahan Sijil, Pingat dan Bintang Pengakap.

Alor Setar, 12 November 2009.

Menjelang tengah hari selesai sudah majlis penganugerahan Sijil, Pingat dan Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia bagi mNegeri Kedah.
Dalam ucapan perasmian majlis, YB Dr.Hamdan Mohd Khalib, EXCO Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan merangkap Naib Yang Dipertua majlis Pengakap Negeri Kedah telah menegaskan akan beberapa pendekatan yang boleh dimainkan oleh PPM Kedah dengan kerjasama Kerajaan Negeri dlam meletakkan PPM selari dengan keperluan dan kehendak semasa negeri dan negara dalam menangani pelbagai isu seperti Belia Tanpa Persatuan, Isu Lepak, Masalah Sosial, Bantuan Kecemasan dan sebagainya.

Dalam majlis itu, Ketua Pengakap negara telah menurunkan kuasa penganugerahan kepada YB yang telah menyempurnakan penganugerahan kepada 8 penerima Pingat Perkhidmatan Setia, 42 penerima Pingat Perkhidmatan Baik, 18 orang penerima Pingat Perkhidmatan Lama dan 63 orang penerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Majlis penganugerahan ini melibatkan penerima untuk tahun 2007, 2008 dan 2009. di majlis yang sama juga YB berharap agar majlis penganugerahan wajar dibuat pada setiap tahun dan bukan sperti yang berlaku sekarang.





No comments: