Wednesday, August 5, 2009

Perkhemahan JOTA Asia Pasific Region 09 Zon Langkawi.

PPM Daerah telah berjaya menjayakan program perkhemahan sempena Jota Asia Pasific Region 2009 bertempat di Pantai Riadah LaFarge Malayan Cement, Teluk Ewa Langkawi bermula dari 30 Julai sehingga 2 Ogos 2009. Seramai 30 ahli pengakap Unit Muda dan Remaja telah turut serta dalam program tersebut. Sementara itu hampir 25 ahli pengakap Kelana dan Layman turut serta membantu menjayakan progran yang julung kali diadakan oleh PPM Langkawi. 9M2KMU Pak Ku Mustapha yang juga Ahli Majlis Pengakap Daerah Langkawi bertindak sebagai Station Master. PPM Daerah Langkawi telah diberi Call Sign 9M4SJL oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia khas untuk program JOTA.
Rata-rata yang hadir jelas berpuas hati dengan program tersebut. Program tersebut berjaya direalitikan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi serta pihak Lafarge Malayan Cement Berhad.


Kerjasama mendirikan Antenna VHF 9W2ANS turut membantu adik-adik pengakap


Sebahagian dari peserta program 9W2 Cikgu Zuraidi dalam taklimat mengenai SOP


Sedang mendengar suara pancaran dari serata pelusuk. DC Langkawi - 9W2CIB Pak Su Brahim bersama 9M2KMU (duduk)
9WCFL Bang Fadzil; berdiri di belakang.


Mesyuarat semasa Perkhemahan. Sebagai daripada guru pengakap. Semua ada Call sign.

No comments: